Carian Kursus

[ ICB0044 ] BENGKEL TRANSFORMASI AI: AUTOMASI , EFISIENSI DAN KREATIVITI [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Melalui bengkel ini, peserta akan diberi pendedahan praktikal dan hands-on mengenai bagaimana teknologi AI seperti ChatGPT, Copilot, Notion AI dan lain-lain boleh dimanfaatkan untuk memaksimumkan penggunaan teknologi digital yang lebih pintar, cekap dan moden dlam tugas harian.

Objektif Kursus
  1. Memahami konsep asas AI dan kaitannya dengan transformasi digital di sektor kerajaan dan swasta.
  2. Mengenal pasti alat AI yang sesuai untuk tugasan pejabat seperti automasi dokumen, e-mel, penjadualan dan laporan.
  3. Membina kemahiran praktikal dalam menggunakan AI seperti ChatGPT, Google Workspace AI, Microsoft Copilot, dan lain-lain.
  4. Merancang strategi pelaksanaan tugasan secara digital menggunakan AI dengan berkesan mengikut keperluan jabatan.
  5. Meningkatkan kecekapan kerja, mengurangkan beban tugasan manual dan menggalakkan budaya kerja pintar.
Syarat Tambahan

Bengkel ini akan diadakan di Makmal Inovasi, Bangunan Ilmu, IPPTAR. Penyertaan kursus terbuka kepada semua penjawat awam agensi Kerajaan.

Modul/Topik
Hari Pertama | 19/08/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AI dalam pengurusan data: Gunakan AI dalam Excel & Google Sheets untuk analisis pantas.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Automasi pengisian borang digital menggunakan AI untuk mempercepatkan kerja.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AI dalam Rekaan Grafik untuk Kakitangan Pejabat
Hari Ke-2 | 20/08/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Menggunakan AI untuk menghasilkan grafik profesional tanpa kemahiran reka bentuk (poster, infografik, banner).
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Menggunakan AI untuk menghasilkan visual tanpa perlu guna Photoshop.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AI dalam rekaan untuk media sosial rasmi kerajaan.
Hari Ke-3 | 21/08/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AI dalam Penyediaan PowerPoint & Pembentangan.
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: AI dalam Penghasilan Video & Audio.
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AI dalam Keselamatan Siber & Masa Depan AI di Pejabat.