Kursus ini dicadangkan bagi memperkukuh keupayaan pegawai penyelidik dalam menganalisis data saintifik menggunakan perisian R yang merupakan platform analisis data dan statistik sumber terbuka yang meluas digunakan dalam bidang penyelidikan global. Bagi penyelidikan perikanan dan alam sekitar, analisis data yang tepat dan berkesan amat penting dalam menghasilkan dapatan yang sahih serta menyokong dasar dan keputusan pengurusan sumber marin. Walau bagaimanapun, kebanyakan pegawai masih belum mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan perisian R untuk analisis statistik, pemodelan, dan visualisasi data.
Kos Tuntutan Perjalanan dan Penginapan (TNT) adalah di bawah tanggungan PTJ masing-masing. Makanan hanya disediakan pada 28 dan 29 Oktober 2026 untuk sarapan pagi dan makan tengah hari.
Setiap peserta hendaklah membawa komputer riba dengan kapasiti RAM minima 8GB.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Apa itu R? Pemasangan, antara muka, konsep “script” dan “console” | |
| : | Menulis arahan asas, operasi mudah, pengiraan ringkas & bantuan (help functions) |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Vectors, data frame, factors, lists — cara cipta dan guna | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Membaca data CSV/Excel, menyimpan semula hasil kerja | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Kenal pasti nilai hilang, penapisan data, ringkasan statistik asas | |
| : | Kiraan min, median, sisihan piawai, jadual kekerapan |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Carta bar, carta pai, histogram menggunakan fungsi asas R | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Struktur ggplot2, carta ringkas & ubah suai tema | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Analisis data contoh (contohnya data kualiti air / hasil tangkapan) | |
| : | Pembentangan hasil mini projek |