Kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan teori dan amalan protokol serta etiket sosial dalam pengurusan majlis
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan;
Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
Tempat penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan;
Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing. Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENDAFTARAN & TAKLIMAT KURSUS | |
: | Dinamika Kumpulan - Taklimat BOL/ Pre-Test | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Pengenalan: 20 Elemen Protokol, 15 Elemen Etiket, 16 Elemen Pengurusan Majlis | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengendalian Majlis Rasmi & Penghasilan SOP Jawatankuasa |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Susunan Keutamaan Persekutuan & Susunan Tempat Duduk | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Atur Cara Pentadbiran & Panggilan Hormat | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Etiket Sosial & Ketrampilan Diri dalam Majlis |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Peranan Pegawai Protokol, Pegawai Pengiring & Penyambut Tetamu | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Etiket di Meja Makan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Pengacaraan Majlis Rasmi |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Penyediaan Atur Cara Pentadbiran/ Persediaan Simulasi Pengurusan Majlis | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Rumusan dan Penilaian | |
: | Simulasi Pengurusan Majlis/ Penilaian Simulasi |