Carian Kursus

[ CAA0075 ] KURSUS TERNAKAN MIKROALGA DALAM FOTOBIOREAKTOR JENIS PANEL LEPER 2025 (UPSKILLING-PP) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini untuk mendedahkan kaedah ternakan mikroalga secara modern yang menggunakan inovasi fotobioreaktor yang mengabungkan teknologi hijau untuk menghasilkan mikroalga pada kepadatan tinggi. Teknologi fotobioreaktor biasa hanya dapat dibeli dari pembekal dari luar negara. Inovasi ini merupakan hasil kajian yang telah dijalankan oleh IPP Pulau Sayak untuk meningkatkan pengeluaran mikroalga. Sistem ini direka untuk kegunaan industri tempatan. Kursus ini diperlukan supaya dapat mendedahkan dan meningkatkan kemahiran kakitangan supaya tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi dalam akuakultur.

Objektif Kursus
  1. Selepas menghadiri kursus ini, para peserta diharap akan dapat ; Mengaplikasikan teknik penyediaan baja dan media ternakan.
  2. Penyediaan peralatan fotobioreaktor
  3. Mengetahui keperluan ternakan mikroalga
  4. Mengetahui kaedah pemerhatian kiraan sel dan pertumbuhan mikroalga.
Syarat Tambahan

4.       Sehubungan itu, tuan/puan dikehendaki memberikan pengesahan kehadiran (Lampiran 1) selewatnya pada 01/06/2025 ( Ahad) sebelum jam 3.00 petang melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my).

5.       Tempat penginapan hanya disediakan kepada peserta yang memohon melalui sistem dtims sahaja. 

6.       Para peserta dikehendaki membawa pakaian sukan (amali) dan berpakaian kemas semasa berkursus (kuliah) mengikut keperluan masing-masing. Peralatan-peralatan  keperluan asas praktikal akan disediakan kecuali keperluan peribadi adalah tanggungjawab peserta.

7.       Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

 

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 01/07/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ternakan mikroalga ( Teori)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penyediaan Baja dan Media Ternakan (amali)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Peralatan Ternakan (amali)
SESI 4 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: Kaedah Penggunaan Mikroskop (Teori)
Hari Ke-2 | 02/07/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kaedah Kiraan Sel Mikroalga (amali)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Kepada Baja Ternakan. (Teori)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sesi Perbincangan & Soal Jawab
: Sesi penilaian kursus