Carian Kursus

[ BZA0014 ] Kursus Pengurusan Sumber Manusia Baharu "Human Resource Champions" (Modul Pengurusan Perkhidmatan dan Prestasi) [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan secara 'blended training' melalui pelbagai kaedah serta metodologi penyampaian agar ia benar-benar memberi impak yang menyeluruh kepada peserta. Peserta akan didedahkan kepada dasar serta amalan berkaitan perkhidmatan dan prestasi pegawai.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan kefahaman berhubung segala aspek perkhidmatan pegawai, bermula dari pelantikan sehingga penamatan perkhidmatan, serta memantapkan kompetensi sebagai Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi
    Improve understanding of all aspects of officer service, from appointment to termination of service, as well as strengthen competencies as a Human Resource Manager in ministries / departments / agencies
  2. Menambah pengetahuan disamping turut berkongsi mengenai perkembangan semasa dan isu-isu terkini dalam PSM sektor awam
    Increase knowledge as well as share about current developments and the latest issues in the public sector HRM
  3. Meningkatkan kemahiran aplikasi praktikal melalui sesi kajian kes dan perbincangan kumpulan
    Improve practical application skills through case study sessions and group discussions
  4. Mewujudkan jaringan kerjasama (networking) di antara Pengurus-Pengurus Sumber Manusia di kementerian/ jabatan/ agensi.
    Creating a network of networking between Human Resource Managers in ministries / departments / agencies.
Modul/Topik
Hari Pertama | 02/02/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan, Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Urusan Pelantikan Dalam Perkhidmatan (Kontrak)
: Urusan Pelantikan Dalam Perkhidmatan (Peminjaman/ Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap)
Hari Ke-2 | 03/02/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Pengurusan Prestasi (LNPT)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Tanggung Kerja
: Pengiktirafan PPC & APC
Hari Ke-3 | 04/02/2021 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Dasar Pemisah (Exit Policy)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kajian Kes dan Perbincangan Kumpulan