Kursus ini memberikan pendedahan kepada penjawat awam berkaitan dengan garis panduan, strategi, pendekatan dan langkah-langkah melaksanakan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di jabatan Kerajaan.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;
1. tidak perlu datang ke INTAN Kampus Sabah secara fizikal samaada untuk pendaftaran dan sebagainya. Hanya perlu berada ditempat masing-masing.
2. hendaklah log in kepada Google Meet pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.
3. dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.
4. boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chat window Google Meet.
5. mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat window Google Meet.
6. membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pengenalan Kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Petang |
: | Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Garis Panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) |