Carian Kursus

[ BZA0004 ] Kursus Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk menerangkan kepada peserta mengenai pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam sektor awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).  Selain itu, peserta kursus boleh mengaplikasikan proses dan penggunaan kaedah dan teknik dalam menghasilkan projek KIK.  Dalam masa yang sama, peserta mendapat kemahiran dan pendedahan dalam penyediaan dokumentasi projek di jabatan masing-masing.  Kursus ini dilaksanakan dalam tempoh dua hari dan ditawarkan kepada penjawat awam Gred 19 hingga 54.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan pelaksanaan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif
  2. Mengaplikasikan proses-proses dan penggunaan kaedah dan teknik terkini dalam menghasilkan projek KIK.
  3. Memperoleh kemahiran dalam penyediaan dokumentasi projek.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;

1.       tidak perlu datang ke INTAN Kampus Sabah secara fizikal samaada untuk pendaftaran dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing.

2.       hendaklah log in kepada Google Meet pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.

3.       perlu memiliki kemudahan webcam dan audio untuk mengikuti kursus ini. Kursus akan dijalankan secara atas talian 100%.

4.       boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chat window Google Meet.

5.       mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat window Google Meet.

6.       membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Nota: Kursus ini tidak dikenakan bayaran (percuma).

Modul/Topik
Hari Pertama | 09/02/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Mekanisme Penilaian & Kriteria Pemarkahan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalpastian Projek dan Pengenalan Design Thinking dan Blue Ocean Strategy
Hari Ke-2 | 10/02/2021 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Teknik dan Kaedah Design Thinking
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Teknik dan Kaedah Blue Ocean Strategy
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Dokumentasi